Wednesday 18 May 2016

Apa itu Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) ?


Ada 3 Kategori-Kategori Masalah Pendengaran:
(1) MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN KONDUKTIF
Bagi kategori kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang bunyi
tidak sampai ke telinga dalam. Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar
ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini iaitu pada
bahagian telinga luar dan telinga tengah. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan perlahan
dan tidak jelas.
Namun begitu, bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dan dapat
memproses dan menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.Walaupun kemudiannya
getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam telinga dalam tanpa
melalui telinga luar atau tengah.
Kehilang pendengaran konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan
dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan
suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid. Kebiasaannya,
kehilangan pendengaran jenis ini boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
(2) MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN SENSORI NEURAL
Masalah kehilangan pendengaran sensori neural ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam a
tau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan
herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal.
Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. Kehilangan pendengaran
jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam dan salur pendengaran iaitu koklea atau
saraf yang menjadi laluan ke otak. Selain itu, kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe)
dan sangat teruk(profound) kerana individu yang mengalami masalah kehilangan pendengaran jenis
ini tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan secara lansung dan hanya mendengar bunyi-bunyi
yang kuat sahaja seperti mercun.
(3) MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN CAMPURAN
Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran
serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang
yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga
dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
Kehilangan pendengaran yang berlaku akibat masalah di bahagian telinga luar atau telinga tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah kehilangan pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan pendengaran berlaku kepada kedua-duanya.

No comments: