Wednesday 18 May 2016

SEJARAH/DASAR/PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan pembukaan Sekolah Rendah masalah penglihatan (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926. Di ikuti dengan;
  • SRPK (Buta) Princess Elizebeth di Johor, 1948
  • Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga Pulau Pinang 1954.
  • Sekolah Khas, Ipoh (1966)
  • Sekolah Khas Sarawak (1972)
  • Sekolah Khas Melaka (1979)
  • Pada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya Kementerian Pendidikan telah mengadakan rancangan bersepadu untuk menyediakan pendidikan khas bagi pelajar pekak di sekolah-sekolah biasa dan diikuti dengan murid bermasalah penglihatan.
Unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah pada Tahun 1964.
Kementerian Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
8 Oktober 1987 Y. B. Menteri Pelajaran mengumumkan pelaksanaan Program Pendidikan Khas murid bermasalah pembelajaran ekoran daripada keputusan mesyuarat JPP Jun 1981.
Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran, 1 Oktober 1995, Unit Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas.
Penstrukturan semula KPM pada tahun 2008, fungsi Jabatan diperkecilkan dan JP Khas ditukarkan kepada Bahagian Pendidikan Khas
Jabatan ini bertanggungjawab untuk;
  • Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah dan menengah,
  • Menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas,
  • Merancang, menyelaras dan pengoperasian dasar-dasar dan peraturan-peraturan dri segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas,
  • Merancang aktiviti dan hal ehwal murid pendidikan khas.
DASAR PENDIDIKAN KHAS
  • Akta Pendidikan 1996, Bab 8
  • Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
  • Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM (JPP, JKP dan Mesyuarat Pengurusan KPM)
  • Deklarasi Antarabangsa
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
  • JP Khas menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid pendidikan khas:
–        masalah pendengaran
–        masalah penglihatan
–        masalah pembelajaran
Melalui program :
–        Sekolah Khas
–        Program Pendidikan Khas Integrasi
–        Program Pendidikan Khas Integrasi dengan pendekatan Inklusif
  • Bidang pendidikan yang ditawarkan di  peringkat menengah:
–        Bidang akademik
–        Bidang vokasional
  • Selain daripada itu JPK juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras JP Khas juga bertanggungjawab menguruskan kewangan :
–          Jabatan
–          32 buah sekolah Pendidikan Khas
–          Peralatan P&P bagi program integrasi (1330)
–          Program Pemulihan Khas seluruh negara.
SEKOLAH KHAS
  • Kategori sekolah khas
–        Bermasalah Penglihatan
–        Bermasalah Pendengaran
–        Bermasalah Pembelajaran (2004)
  • 28 sekolah rendah 4 sekolah menengah
  • 10 ditempatkan di sekolah harian biasa
  • 23 buah mempunyai kemudahan asrama
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pelaksanaannya
  • Sekolah Harian Biasa
  • Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
[ bagi 3 kategori, bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran ]
Pendekatan Proses Pembelajaran
  • Pengasingan
  • Separa Inklusif
PENDIDIKAN VOKASIONAL
Sekolah Khas
  • 1 buah sedia ada bagi murid bermasalah pendengaran
  • 1 buah bagi 3 kategori pemasalahan
Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Bagi murid bermasalah pendengaran di Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Program Intervensi 3M ( Jangka Pendek )
  • Mengatasi masalah penguasaan 3M di kalangan murid Tahun 4 (Tahun 1999, 2000, 2001 dan 2002)  dan murid Tingkatan 1 atau kelas  peralihan  (Tahun 1999, 2000, dan 2001) menggunakan Instrumen Pengesanan Celik Huruf (IPCH)
  • Program Pemulihan Khas Tahap Satu (Jangka Panjang)
  • Fokus utama ialah penggunaan Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) Pembinaan IPP3M ini adalah dalam tiga peringkat, iaitu: IPP3M 1, IPP3M 2 dan IPP3M 3
PROGRAM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
  • Satu usaha untuk meminimumkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas semasa memasuki alam persekolahan.
  • Program Prasekolah Pendidikan Khas untuk melatih murid berkeperluan khas menguasai potensi diri yang maksimum.
  • 28 buah kelas prasekolah telah dibuka di sekolah-sekolah pendidikan khas bermula tahun 2004.
  • Bermula dengan 32 buah kelas prasekolah diwujudkan di Program Pendidikan Khas Integrasi pada awal tahun 2005 kini terdapat 108 program semuanya.

No comments: