Esei Kumpulan


GGGE2153
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN:
ESEI KUMPULAN

TAJUK:
AUTISME DAN TERAPI

NAMA AHLI KUMPULAN:

NOR AFIRA BT AHMAD                                                                          A150582
NORADIBAH BINTI IBRAHIM                                                               A150676
ATIRAH IZZAH BT MAT NOOR                                                             A150688
SITI NURBAYAH BINTI SH AHMAD                                                    A151257
NURUL NABILAH BINTI ABDUL WAHAB                                         A150249
ISI KANDUNGAN

Penghargaan
Pendahuluan
Pengenalan
Apa itu autisme
Apa itu terapi
Jenis-jenis terapi
Kepentingan terapi
Cadangan intervensi dan khidmat sokongan
Refleksi
Kesimpulan
Rujukan

PENGHARGAAN


Alhamdullilah, syukur ke hadrat illahi Allah S.W.T. kerana memberikan kami kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan esei kumpulan berkaitan Autisme dan Terapi  ini dengan jayanya.

Pertamanya, ucapan penghargaan ini didedikasikan khas kepada pensyarah kursus GGGE2153 Teknologi Pendidikan iaitu Encik Md Yusoff bin Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau telah membuka ruang dan membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan laporan kerja kursus ini.

Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
Jazakallahu Khairan Kathira. Amin.


PENDAHULUAN

Kehidupan kanak-kanak autistik memang misteri. Tiada siapa dapat membaca apa yang berlegar dalam fikiran mereka, terutama apabila kanak-kanak istimewa ini mula menunjukkan perangai pelik seperti berlagak pekak, menjadi terganggu dengan perubahan kecil pada persekitaran dan mencederakan diri sendiri. 

Autisme mungkin tidak ada dalam senarai perkataan yang biasa digunakan tetapi jangan terkejut atau hairan kerana kanak-kanak seperti ini mungkin ada di sekitar tempat tinggal anda. Terdapat ramai individu dengan autisme boleh belajar bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, simbol gambar, dan bantuan teknologi, walaupun menghadapi ketidakupayaan yang mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau menerima perasaan.

Keadaan fizikal kanak-kanak autisme yang normal seperti kanak-kanak lain membuatkan kelainan yang ada pada mereka sukar dikesan melainkan anda melihat beberapa gejala biasa yang mungkin ada pada mereka. Kerajaan memang berhasrat mewajibkan semua kanak-kanak istimewa diberi pendidikan, namun kemudahan bagi kanak-kanak autisme belum mencukupi.

Kanak-kanak autisme memerlukan perhatian yang khusus dan pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak istimewa lain. Manakala di Sekolah Pendidikan Khas, kekurangan guru khas dan bilik darjah yang kurang sesuai. Dari segi tenaga pengajar pula, mereka tidak mempunyai latihan ataupun latihan formal yang mencukupi dalam pendidikan khas seperti di Barat. Kanak-kanak autisme selain daripada memerlukan pendidikan asas khas untuk membaca dan menulis, mereka perlu diasuh untuk menguruskan diri sendiri untuk masa hadapan mereka.

Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4:1

PENGENALAN

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak–kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individu dengan kaedah – kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan–alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata–mata untuk menolong kanak–kanak khas untuk mencapai kepuasan diri daripada segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
           
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid–murid khas. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak–kanak luar biasa iaitu kanak–kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).

Terdapat banyak lagi definisi kepada pendidikan khas ini. Antaranya ialah:
"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"                                                                                                Hallahan dan Kauffman(2006)

"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"                                                                             Friend (2005)

"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"                                                                                            Mansor (2005)

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada normal sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.

KATEGORI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
Secara amnya, kategori murid-murid pendidikan khas ini dapat dibahagikan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran, murid-murid bermasalah pendengaran, murid-murid bermasalah penglihatan dan murid-murid kurang upaya fizikal.

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
i-                    Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997 
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
ii-                  The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. 
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana atau berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar ,1991).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).

AUTISME
Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahami sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang mempunyai anak autisme, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah membuat penyelidikan tentang autisme, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta kesannya terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari.

APA ITU AUTISME

CIRI-CIRI AUTISME

Peringkat bayi
Kebanyakan bayi autisme mengalami tanda-tanda autisme yang berbeza ketika dilahirkan. Terdapat dua ciri utama yang sering ditunjukkan.
1.       mengelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tidak disentuh fizikalnya oleh penjaga
2.       melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat.
Ketika bayi, mereka sering mempunyai 2 tanggapan yang berbeza dalam menunjukkan ciri-ciri autisme. Iaitu sering dianggap sebagai pasif atau  overly agitated baby . Bayi yang  pasif  merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam dan tidak memerlukan perhatian atau membuat kerenah kepada ibubapa. Manakala bayi overly agitated baby  pula merupakan bayi yang menangis dan kadang-kadang tanpa henti serta berjaga sepanjang masa.

Peringkat kanak-kanak
Pada peringkat kanak-kanak pula ada sesetengah kanak-kanak  autisme mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Namun ada juga kanak-kanak autism yang mempunyai perkembangan yang lewat. Kanak-kanak autistik sering ketinggalan dalam aspek komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti  self-stimulatory behaviors iaitu pengulangan tingkahlaku yang tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyangkan badan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, eye-contact yang lemah, tidak sensitif kepada sakit serta .hiper atau hipo.

Selain itu, kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian. Sekiranya berlaku perubahan kecil mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti sedih dan tidak tenteram. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mampu untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku dalam sesauti situasi. Kanak-kanak autistik juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Sebahagian daripada mereka menghadapi sawan untuk kali pertama ketiga baligh yang mungkin disebabkan perubahan hormon. 
Kajian yang dilakukan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme ialah :

i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala

ii. masalah komunikasi: verbal atau non verbal

iii. kurang daya imaginasi 

CIRI-CIRI UMUM AUTISME
1.      Bersendirian dan berjauhan. 
-          Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja.  Kanak-kanak ini menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang terutama ketika bercakap dengannya. 
2.      Sukar bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak normal. 
3.      Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri.
-          Kanak-kanak ini memeriksa bahagian anggotanya seperti kaki dan tangan seolah-olah ianya baru dan pelik. 
4.      Membuang masa pada sesuatu objek.
5.      Suka membawa berbagai objek dan amat marah apabila kehilangan objek tersebut. 
6.      Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain dan marah jika kehilangannya.
7.      Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek tersebut.
8.      Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut. 
9.       Tidak suka kepada perubahan. 
-          Sangat sukar mengubah rutin seperti menukar pakaian baru, makanan lain, jalan lain atau makan ubat kerana melanggar rutin hariannya.
10.  Menolak penerimaan belajar perkara baru.
11.  Marah jika perabot di dalam rumah diubah-ubah. 
12.  Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria. 
13.  Tidak bertindakbalas jika ada individu cuba untuk berkomunikasi dengannya.
14.  Menutup telinga bila mendengar bunyi atau seseorang bercakap dengannya.
15.  Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar. 
16.  Tidak merasa sakit, panas dan sejuk.
17.  Sikap atau perasaan ganjil dan tidak normal
-          Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab.
Pertuturan
1.      Masalah pertuturan dan ada sesetengah autism tiada pertuturan langsung. 
2.      Pertuturan yang tidak sempurna
3.      Menggunakan perkataan mudah.
4.      Menggunakan perkataan berulang-ulang tanpa mengetahui maksudnya. 
5.      Menggunakan suara yang luar biasa untuk menyebut sesuatu perkataan. 
Pergerakan
1.      Gangguan pergerakan. 
2.      Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.
3.      Berbaring kaku tanpa bergerak dalam jangkamasa yang lama.
4.      Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.


Pengetahuan ( high functioning )
1.      Intelek yang luar biasa 
2.      Pintar matematik 
3.      Bijak ’ jigsaw puzzles ’
4.      Ingatan kuat terhadap hafalan seperti senikata lagu, nombor, nama dan lain-lain lagi.
5.      Cepat membaca dan menulis. 
6.      Kemahiran mekanikal luar biasa. 

JENIS–JENIS AUTISME
Menurut Edelson ( 1999 ), berpendapat memandangkan masih tiada lagi ujian fisiologi untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai autisme, oleh itu cara untuk mendiagnosis adalah bila individu menunjukkan beberapa ciri tingkahlaku yang berkaitan. 
Sebenarnya ramai individu autisme mempunyai tingkahlaku yang berkait dan kecelaruan yang nyata bercirikan autisme. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang disyaki mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas. Autisme tersebut termasuklah Sindrom Asperger, Sindrom Fragile X, Sindrom Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom Wiliams. 

1.      Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. Mereka mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mendapat kerja dan boleh hidup berdikari. 
2.      Sindrom Fragile X pula merupakan satu bentuk mental retardasi long arm. Lebih 15% pengidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, dan eye contact yang lemah. Kebanyakan individu ini Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung. 
3.      Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. Mereka sering dianggap menghadapi regressive kerana menunjukkan ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun. Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur. 
4.      Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ tahun hingga 1 ½ tahun. Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. Bahkan individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk. 
5.      Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan mempunyai masalah sosial. Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung.

APA ITU TERAPI
Asal usul terapi

Sejarah terapi cara kerja merupakan satu kisah yang menarik. Ramai yang percaya bahawa terapi cara kerja ini merupakan satu karier yang baru. Ini adalah kurang tepat. Perkembangan terapi ini telah bermula sejak kewujudan manusia; ‘cara kerja’ atau ‘occupation’ telah menjadi tunjang survival (kemahiran untuk terus hidup) semenjak permulaan zaman. Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan. satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon" Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.

Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Manakala, dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Konsep terapi dalam Pendidikan Khas
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. 
Walau bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai masalah fizikal, emosional atau perkembangan boleh menemui ahli psikiatrik, sekolah atau ibu bapa. Sesiapa sahaja yang mengalami masalah seperti prematurity, masalah kelahiran, kandungan pra matang, birth defect, spina bifida, hiperaktif ADHD, perkembangan terbantut, cerebral palsy, masalah sensori, autism, sindrom down, amputation, strok atau angin ahmar, arthritis, kecederaan di kepala, dementia, diabetes, dan sebagainya.
Terapi cara kerja bergantung kepada sebuah persekitaran sosial yang menghargai seseorang individu dan percaya bahawa setiap individu mempunyai kebolehan untuk bertindak atas sikap mereka sendiri untuk mencapai kesihatan yang lebih baik melalui cara kerja. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Namun, masa depan adalah bergantung pada kita semua sebagai manusia yang menghargai semua ciptaan Tuhan.

Keperluan terapi dalam pendidikan khas
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :     
1.      Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
2.      Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi
3.      Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran
4.      Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
5.      Membina konsep kendiri
6.      Merangsang pengaliran darah dan oksigen
               


JENIS-JENIS TERAPI
a)      Applied Behavioral Analysis (ABA)
ABA adalah sejenis terapi yang telah lama digunapakai dan telah dilakukan penelitian yang sememangnya khusus untuk individu autisme. Sistem ini dilaksanakan dengan memberikan peneguhan positif / positive reinforcement (hadiah/pujian) kepada seseorang individu sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu kebaikan atau mengikuti arahan yang ditetapkan.
b)     Terapi pertuturan
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan  melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intervensi awal supaya dapat membantu murid.  Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.
c) Terapi visual
Individu autistik lebih mudah belajar dengan melihat (visual learners/visual thinkers). Keadaan inilah yang membolehkan kaedah terapi visual ini digunapakai untuk mengembangkan lagi kaedah belajar berkomunikasi melalui gambar-gambar yang berkaitan.
d)     Terapi  Sosial
Masalah yang paling besar dihadapi oleh individu autisme ini ialah dalam bidang interaksi dan komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan bantuan dalam komunikasi dua hala seperti berbual dan bergaul dengan rakan semasa bermain. Ahli terapi akan membantu kanak-kanak ini dan memberikan panduan pada individu autism ini cara bergaul dengan betul.



e)      Terapi bermain
Seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak autisma juga suka bermain dan alat permainan seperti patung. Sebelum memulakan aktiviti terapi permainan untuk anak-anak autisma, kita perlu membina hubungan dan kepercayaan serta membangkitkan minat mereka untuk bermain.Ibubapa adalah orang yang paling sesuai memulakannya, bukan sahaja meluangkan masa bersama namun perlu membantu dalam mencapai objektif atau tujuan terapi permainan tersebut.
Tambahan pula, dengan meluangkan masa bersama boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisma ini
 Dalam aktiviti bermain kanak- kanak ini berpeluang mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran koordinasi-motor, meningkatkan kemahiran mengendalikan alat permainan mereka, belajar berinteraksi dengan rakan sepermainan, membina keyakinan diri dan seumpamanya. 
Perlu dinyatakan juga, masa bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisma dalam pembangunan sosial, emosi dan fizikal. Pemilihan masa bermain yang sesuai juga membantu untuk menstimulasikan kemahiran bahasa mereka disamping menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka.

f)       Terapi muzik
Terapi muzik adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah satu terapi ekspresif yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli terapi muzik terlatih menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental, social, estetik, dan rohani untuk membantu memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan kemahiran sosial dan kualiti hidup.

g)      Terapi berkuda
Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda) mengata bahawa ‘menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan.

h)     Terapi cara kerja
Terapi cara kerja atau lebih dikenali sebagai Occupational (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam menghadapi aktivit kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedikm medical, pediatric, geriatric dan psikiatrik. Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan dalam setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.

i)        Terapi pasir
Terapi pasir dalam pendidikan khas merupakan pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi yang di sampaikan secara teori dan amali supaya murid boleh dilatih menggunakan daya kreativiti mereka ke peringkat yang maksimum.

j)       Terapi fisio
 Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :         
-       Memotong
-       Menggunting
-       Mencabut
-       Menguli
-       Merenyuk
-       Mencubit
-       memicit   



KEPENTINGAN TERAPI
Untuk pengetahuan umum, terdapat dua profession yang dapat membantu anak autisme iaitu terapi carakerja (OT) dan terapi pertuturan dan bahasa (ST).  Terapi carakerja menumpukan kepada beberapa aspek penting.
a)      Integrasi Sensori Motor
Dari sumber National Institute of Child Health and Development (2005), anak autisme kebiasaannya melalui proses informasi sensori yang berbeza dari kanak-kanak lain. Terapi carakerja (OT) berperanan juga untuk memahami bagaimana anak autisme bertindak balas terhadap ransangan deria  seterusnya akan cuba meminimakan kesan negatif ke atas ransangan deria tersebut.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai sensitiviti terhadap deria sentuhan seperti kapas akan sentiasa mengelak untuk memakai baju atau lain-lain pakaian daripada kapas. Jadi, pemulihan cara kerja akan bertindak untuk meminimakan/mengurangkan sensitiviti tersebut dengan mendedahkan anak tersebut kepada kapas atau tektur-tektur yang pelbagai.
b)Masalah tingkah laku
Anak-anak autisme mempunyai masalah tingkah laku seperti:
  • Tidak mahu duduk di atas kerusi
  • Suka menjerit
  • Suka baling barang
  • Suka memukul
  • Suka mengibas-ngibas tangan (flapping hand)
  • Suka memanipulasi orang di sekeliling


Untuk masalah tingkah laku ini, seorang ahli terapi carakerja akan menggunakan teknik behavior modification untuk memastikan anak autisme ini berkelakuan baik sepanjang proses terapi. Di antara teknik behavior modification yang selalu di gunakan adalah seperti menepuk tangan, memuji kanak-kanak seperti “bagus”,“ woww…good job” selain itu time out dan reward board juga sering di gunakan.

c) Masalah hubungan mata / eyes contact
Seperti apa yang kita tahu eyes contact sangat penting dalam kehidupan di mana semasa kita bercakap dengan seseorang hubungan mata antara satu sama lain mestilah berlaku. 
Tidak di nafikan kanak-kanak  yang mempuanyai masalah autisme mempunyai eyes contact yang sangat bagus dengan objek tetapi tidak dengan manusia. Mereka akan cuba mengelak untuk melihat mata kita walaupun di paksa. Cara yang terbaik untuk mengajar mereka ialah dengan menarik perhatian mereka untuk pandang ke arah kita seperti membuat bunyi dan membawa bunyi tersebut ke arah mata kita ataupun menunjukkan dan membawa objek ke arah mata kita.
Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, masalah sensori, masalah tingkah laku dan masalah eyes contact sangat penting untuk di rawat kerana masalah ini lah merupakan penyebab mengapa anak autisme tidak boleh untuk fokus, perhatian dan konsentrasi dalam aktiviti seharian.
d) Masalah kemahiran motor kasar dan motor halus.
Kemahiran-kemahiran ini sangat di titikberatkan oleh ahli terapi carakerja bagi memastikan perkembangan anak autisme ini selaras dengan umur perkembangan mereka dan tiada perkembangan yang terbantut. Ahli terapi cara kerja akan merujuk kepada milestone perkembangan berdasarkan borang penilaian standard yang di gunakan (standardize assessment). Jika terdapat anak autisme yang mengalami kemahiran yang terbantut, kerjasama ibu bapa sangat di perlukan bagi mempercepatkan kanak-kanak tersebut boleh mencapai umur perkembangan.


e) Masalah aktiviti seharian  (Activity of daily living-ADLs)
ADLs merupakan fokus utama dalam terapi carakerja di mana kita mahu anak autism mampu berdikasi dalam aktiviti seharian seperti boleh makan dan minum sendiri, boleh pergi ke tandas sendiri, boleh menjaga kekemasan diri sendiri dan lain-lain.
Rawatan OT (Occupational Therapy) ini dan konsultansi dari pakar dapat membantu anak-anak autisme dan mengurangkan simptomnya. Mendapatkan rawatan di peringkat awal usia anak adalah salah satu tindakan yang baik bagi mengelakkan ia menjadi masalah dan tabiat yang berpanjangan.

CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN
Program intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak autistik, terutamanya tempoh umur di antara 0 hingga 6 tahun.  Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai boleh membantu kanak-kanak Autisme untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh diguna pakai adalah seperti berikut :
a) Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM)
BBM dapat membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Oleh hal yang demikian, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid autisme. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti autisme akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.
b) Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti Autisme. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.
c) Pengajaran Secara Individu
Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid autisme, pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut.
d) Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid autisme membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar kerana kanak-kanak autisme akan lebih faham akan sesuatu sekiranya dia melihat gambar. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak Autisme dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid autisme akan mempertingkatkan keupayaan mereka.
e) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).
f) Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak autisme juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.
g) Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid autisme menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid autisme, mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.
h) Perkhidmatan Pemulihan
Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan seterusnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat yang produktif.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujudkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini.          
Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Pusat jagaan ini adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah.



REFLEKSI
Sepanjang proses menyiapkan tugasan kumpulan kami berjalan, kami sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli di dalam kumpulan kami kerana kami telah menanamkan sifat tidak pentingkan diri dan juga susah senang bersama. Kami telah menjalankan aktiviti temubual bersama dengan orang umum dan juga para pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka mengenai pendidikan khas terutamanya bagi masalah Autisme. Kami berlima telah pergi ke Giant, Warta bagi mendapatkan responden-respon yang terdiri dari orang awam yang bekerja dan membeli belah disitu.
Pada mulanya agak sukar kerana terdapat ramai orang disitu dan laluan disitu agak sesak tetapi kami tetap meneruskan temu bual kami untuk mendapat jawapan yang kami inginkan. Terdapat juga segelintir orang awam yang tidak mahu diri mereka di temu bual atau dirakam kerana malu dan juga tidak selesa untuk ditanya tentang hal-hal yang mereka kurang tahu seperti pendidikan khas. Walaupun sebegitu, kami tetap tidak berputus asa untuk mendapatkan individu-individu yang boleh memberi kerjasama kepada kami bagi memudahkan tugas kami untuk diselesaikan.
            Setelah selesai, sesi temu bual bersama orang awam kami telah menuju ke cafeteria Kolej Pendeta Za’ba bagi mendapatkan pelajar-pelajar yang mempunyai kelapangan untuk ditemu bual mengenai Autisme ini. Kami agak terkejut kerana terdapat pelajar yang mempunyai pengetahuan yang agak tinggi mengenai pendidikan khas dan juga masalah Austisme walaupun mereka tidak mempunyai rakan atau ahli keluarga yang terdiri dari golongan OKU. Kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar UKM kerana mereka sangat mudah didekati dan sudi berkongsi ilmu pengetahuan yang mereka ada kepada kami.
            Bagi menyelesaikan laporan dan video untuk sesi pembentangan, kami telah mencabut undi bagi mendapatkan bahagian tugasan masing-masing untuk melengkapkan laporan dan juga video. Semua ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan kerana kami semua memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi menyiapkan tugasan kumpulan untuk kursus GGGE2153 Teknologi Pendidikan.

KESIMPULAN
Intihanya, sebagai masyarakat yang prihatin kita perlulah mengetahui dan peka tentang pendidikan khas terutamanya apabila terdapat ahli keluarga atau rakan handai yang mengalami masalah Autisme atau lain-lain. Hal ini sangat penting kerana ilmu yang kita perolehi mengenai Autisme dan terapi ini adalah untuk diaplikasikan seandainya terdapat insan-insan yang kita kenali untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka sama seperti insan yang normal. Ibu bapa dan juga orang awam perlu memainkan peranan masing-masing bagi membantu kanak-kanak atau individu yang mengalami Autisme untuk menjalani terapi-terapi yang telah disediakan untuk memperkembangkan lagi cara hidup dan komunikasi mereka.
            Kita juga sedia maklum bahawa individu mempunyai ciri-ciri mereka sendiri yang berlainan dari individu normal dan mereka juga mempunyai masalah yang berkaitan dengan sensori motor, tingkah laku dan aktiviti seharian mereka. Hal ini kalau dibiarkan, akan menjadikan individu Autisme tidak dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dan sentiasa akan bergantung kepada orang lain terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Intervensi awal juga perlu digunakan seawal 3 tahun selepas ibu bapa mendapat khidmat nasihat dari pakar-pakar atau doctor yang diiktiraf dan mempunyai kepakaran dalam Autisme atau pendidikan khas.
Selain itu, bagi meningkatkan pengetahuan orang awam tentang pendidikan khas dan juga Autisme, pelbagai kaedah atau pendekatan perlu di ikhtarkan seperti mengadakan kempen kesedaran semasa bulan Autisme, mengedarkan flyers yang mempunyai maklumat mengenai Autsime dan juga mengadakan seminar bagi ibu bapa atau orang awam untuk meningkat pengetahuan mereka dan kemahiran mereka untuk mengendalikan individu yang mengalami Autisme atau masalah lain yang berkaitan dengan pendidikan khas. Tambahan pula, hal ini akan meningkatkan penerimaan orang awam terhadap individu OKU di dalam Negara kita dan tidak akan wujud sempadan atau perbandingan yang menyebabkan individu yang bekeperluan khas ini menjadi terpinggir dan tidak diterima masyarakat.




RUJUKAN

Candini.M, .Giuberti. V et al, 2016. Personal Space Regulation in Childhood Autism: Effects of Social Interaction and Person’s Perspective. International Society for Autisme Research.
Crow, L. 1996.  Including all of our lives: Renewing the social model of disability. Dlm. C. Barnes & G. Mercer (pnyt.), Exploring the Device 55-72. Leeds: the Disability Press. 
Fenske. W.c, Zalenski. S et al. 2010. Age at Intervention and Treatment Outcome for Autistic Children in a comprehensive Intervention Program. Research in Autism Spectrum Disorder. Vol 5(1): pp 49-58
Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Taha & Norasuzaini Sujak. 2009.  Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian di Malaysia, ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol 1, No 2: 18-29.
Ibrahim, F., & Herr, E. 1982. Modification of attitudes toward disability: Differential effect of two educational modes. Rehabilitation Counselling Bulletin, 26 (1), 29-36. 
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.    http://www.kmph.matrik.edu.my/PIPP/moe_pipp_00.pdf  [15 April 2010] 
Triandis, H. C., Adampoulus, J., Brinberg, D. 1984 Perspectives and issues in the study of attitudes.  Dlm. R.L. Jones (pnyt).  Attitudes and attitude Change in Special Education: Theory and Practice. U.S.A.: The Council Of Exceptional Children.
Wood. J.J, Drahota. A et al. 2008. Cognitive Behavioral Therapy for Anxiety in Children with Austism Spectrum Disorder. Journal of Child Psychology and Psychiatry. Vol 5(3): pp 224-234


No comments: